enjoy la my little blog nie oke.....(^_^)

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday 13 September 2011

mudahnya MURTAD???

kenapa cakap sal murtad plak nie????sebab banyak sangat isu-isu dibangkit kan tentang agama islam...mana pegangan kite yang kuat tue??????dunia dh moden....semua dimoden kan...agama juga terlibat.....

seseorang boleh menjadi murtad atau keluar agama islam melalui 3 saluran. kengkadang kiter sendiri tidak menyedari akan terjadi nyer murtad tue....sebab itu la kiter dinasihatkan, di ajar dan dididik agar menjaga percakapan dan bersihkan hati dan minda kiter...agar tidak menyesal kemudian hari.....


3 saluran itu adalah lidah, hati dan perbuatan. sungguh halus hukum Allah Taala.ALLAHUAKBAR.


apabila salah satu saluran itu melahirkan rasa-rasa yang menyalahi akidah islam yang sebenar maka peluang untuk murtad sudah terbuka. sebagai contoh.....

1) lidah: si Dolah secara berani berkata,"hukum islam menyusahkan orang dan menyebabkan umat Islam mundur." kata-kata ini seolah-olah menyalahkan Allah dalam menurunkan sesuatu hukum dan pada masa yang sama dia menuduh Islam sebagai penyebab umnat mundur. maka perkataan itu bukan sahaja berdosa tetapi menyebabkan dia murtad.

2) hati: si Jenab secara diam-diam berfikir tentang Islam dan Allah, akhirnya terdetik dalam hatinya bahawa Islam tidak adil, dan Allah menzalimi hambanya. walaupun niat itu dalam hati, tidak di zahirkan dengan lisan, ia tetap dikira salah dan berdosa, serta boleh membawa kepada murtad.

3) perbuatan: perbuatan daripada anggota lahir si Leman secara tidak langsung menimbulkan rase protes terhadap Allah. iaitu dia tunduk menyembah orang kaya kerana meminta bantuan daripadanya. hal ini kerana dia telah kecewa dengan Allah yang tidak memakbulkan doanya. perbuatan ini adalah salah dan bolej murtad..........

maka oleh itu, hendaklah kita menjaga dan mendisiplinkan diri kiter....


menjaga anggota lahir:
*lidah- bercakap benda-benda dan perkara baik
*mata- mengelak dan memelihara mata daripada melihat perkara haram
*telinga- hanya mendengar perkara baik
*tangan- mengambil dan memegang sesuatu yang halal
*kaki- perlu berdisiplin kaki agar tidak melangkah ke arah maksiat
*perut- tidak menerima makanan yang haram dan makruh
*kemaluan- peliharalah ia daripada zina 


No comments:

Post a Comment