enjoy la my little blog nie oke.....(^_^)

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday 29 July 2011

kunjungan ke RUMAH BEST FRIEND EVER

assalamualaikum sahabat...lme rsenyer xberkesempatan mengupdate blog kecil nie....hehehehehheeeee...bz makin mengejar saya setibanya ramadhan nie....tempahan raya dh bertimbun dh....alhamdulillah...rezeki....
"ya Allah permudahkan lah urusan ku.....aminnn"

pagi nie sy baru sahaja selamat sampai dari kajang.....3 hari berada disana mengunjungi sahabat baik saya noni.....dh hampir 4 bulan xbertemu....melepaskan rindu dan bertukar2 cerita

nasib saya kurang baik sewaktu menuju ke sana....
akibat dh lme tidak menaiki bas....diserang hendap oleh mabuk bas laaa.......
bas bergerak jam 10 pagi....
3 kali bas stop sbb saya....."piss out"...
oh my...sesangat la xlarat....

any wat sangat happy p sane.......

saya dapat berkenalan dengan seorang "bro" yang jual minyak wangi...... ske...hehehheee......   <3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3


ape2 pun SELAMAT BERPUASE PADA SEMUA DAN BANYAK KAN AMAL DAN IBADAT DI BULAN MULIA INI....

Monday 18 July 2011

orang yang berpegang pada AMANAH, orang yangTERPUJI.....

pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, ade seorang kanak-kanak yatim piatu yang sangat cerdas dan soleh, Uwais namanye....bapanya telah meninggal sewaktu berperang, manakal ibunya pula meninggal kerana terlalu sedih atas kematian suaminya.......


Uwais tidak mempunyai sesiapa. hidupnya sebatang kara di rumah peninggalan arwah kedua ibu bapa nya. beberapa ekor lembu peninggalan arwah menjadi teman.


setiap hari Uwais membawa lembunya ke hutan untuk meragut rumput. senja nya pulang kerumah....begitula setiap hari rutin Uwais dan lembunya....


akibat terlalu jemu melakukan rutin harian yang sama, Uwais terfikir untuk mencari pekerjaan lain.


akhirnya uwais mendapat upah untyuk menjaga dan membersihkankebun pokok delima. Uwais sangat rajin dan amanah serta bertanggungjawab. dia menjaga kebun tuan nya sebaik mungkin....tuan nya amat menyayangi dia...


pada suatu hari......tuannya datang memanggil dia dan berkata  "tolong ambilkan sebiji buah delima yang masak lagi manis."


tanpa membuang masa, Uwais memenuhkan permintaan tuanya. bagaimanapun buah delima itu masam sekali. tuan nya meminta diambilkan buah yang lain. namun, Uwais memberikan buah yang lebih masam dari buah yang tadi.


tuan nya mula marah. Uwais dengan tenang menjelaskan perkara sebenar kepada tuan nya....
"tuan,tugas saya hanya lah menjaga dan membersihkan kebun. namun, tidak pula saya diberitahu untuk memakannya. maka saya tidak tahu mana manis mana masam nya...."


tuan nya amat terkejut. dia tidak menyangka Uwais seorang pekerja yang bersifat amanah, jujur dan berpegang pada janji. setelah mendengar penjelasan Uwais,tuannya segera meminta maaf.


sabda rasullulah: "tiada iman bagi orang yang tidak memgang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidakdapat pegang janjinya."

hadith lain, nabi bersabda, "kamu harus memelihara amanah orang yang mempercayai kamu dan tidak mengkhianati nya walau orang lain pernah mengkhianati kamu."



Sunday 17 July 2011

antara lelaki dan wanita.....

semalam ade terbaca tentang beza wanita dengan lelaki......jom kiter tinjau....
  • kebanyakan LELAKI membaca lebih lama dari WANITA, tapi WANITA membaca lebih banyak dari LELAKI........(1:0)
  • lebih 2 kali ganda WANITA hindup sendiri dan boleh menguruskan diri sendiri setelah berusia 65 tahun berbanding LELAKI......(2:0)
  • LELAKI mempunyai kekuatan meramas 2 kali ganda dari WANITA.....(2:1)
  • ketika tidur,kira-kira 48% LELAKI berdengkur, WANITA hanya 22%.....(3:1)
  • kebanyakan WANITA mengambil mase 153 saat untuk berada didalam bilik air, LELAKI hanya memerlukan 113 saat.....(3:2)
  • hubungan dengan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62% WANITA...49% LELAKI.....(4:2)
ada banyak lagi kelebihan WANITA jika dibandingkan dengan LELAKI....
toi x???....sape setuju komen la yer...heheheeee......

p/s: kebanyakan lagu juga dituju untuk WANITA.....mana LELAKI ea????heheheheeee......

kongsi aje.....bukan tujuan kena kan sesape....(^_^)



cerita 16 julai

assalamualaikum sahabat semua....mesti sahabat semua rindukan saya kan???...hehheeee...perasan lak....sebenarnyer saya yang rindukan kalian...rindu nk bersembang n tukar2 ilmu.....

16 julai 2011

sahabat semua tahu ape yang saya lakukan...kn?????
ingat x?...lpe ea...oke saya ingat kan...

16 julai 2011....iaitu semalam...wah cm lme jer.....
saya dan mungkin lebih dari 50000 orang menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD......
ape itu PTD???...xtau??..
PTD atau nme panjang nyer.....
pegawai tadbir dan diplomatik.....
exam tue telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 3.30 petang

di hari 16 julai 2011...sabtu....
saya bangun seperti biasa jam 6 pagi
mandi, solat dan sarapan....
tepat jam 8 pagi saya bertolak ke tempat yang ditetapkan untuk peperiksaan berkenaan....

ya Allah...
nasib baik datang awl.....
pak gaurd kt tempat berlangsung nyer exam kate xde pun exam yang bakal berlangsung disitu pada hari berkenaan....
OMG...
so???????????????????    wherE????????????
kebanyakan dan majoriti nyer....peserta exam datang ketemapat berkenaan.....
salah seorang penyambut tetamu tempat berkenaan memaklumkan pertukaran tempat terpaksa dilakukan last minit....
sebab bertindih program diRaja...

hadoiii...dh la gubra....bertukar tempat lak...cuak cuak cuak...
nasib baik mase menyebelahi saya
kalau x...entah ape jadi....

sesampai nyer ditempat yang betul....
saya terus naik lif dengan yakin nyer ke dewan exam.....
nak tau ape jadi???????

ramai datuk-datuk n datin-datin kat dewan yang saya tuju TUE....
ngn muka tebal....
saya turun balik kt ground floor and bce arahan betol2...hahahahaaa....
salah level daaaaa......

cuak punya pasal la tue...

namun sepanjang exam...semua nyer berjalan lancar....

alhamdulillah.....

insya Allah ade rezeki...DOakan saya OK???....



Saturday 16 July 2011

kembali senyum...

wah cm tajuk lagu jer...hehehheeee...


assalamualaikum sahabat tercinta...
dh beberapa hari saya xberkesempatan tuk update bloge sy nie....


anyways...
tangan saya mmg xtercapai tuk tai lame2...coz keje memanggil mangil......
so malam nanti sy update ok...




sayang kamu semua...



Tuesday 12 July 2011

perkejaran mase?????ade k?

hahahahhahaaaa.....entah pape tajuk tue....

salam sahabat yang saya sayang semua...
maaf...terlalu lamu ase nyer tak update blog...
kesibukan dan kekangan mase yang tersepit2 nie tidak mengizikan saya mengahadap lappy saya

tambahan pula 
tertimbul-timbul plak masalah heheheeee...

very major prob
my lovely laptop meletup plak...
hahhahahahaa....
kne serang ngn virus trojan
langsung xleh buka
apa pun xleh...hehehehehee
so buat sementara waktu saya curi gne lappy adik sy yang kecik nie la,......
lappy free 1 malaysia...

di tambah rencah kesibukan dengan tawaran perkerjaan dari kerajaan....SPA
namun....
sebelum menjejakakn kaki ke tawaran terbuka kepada lebih 40 000 graduan tue

sy kena menduduki exam yang akan berlangsung SABTU 16 JULAI 2011 nie...
dari jam 9.00 pagi hingga la jam 3.30 ptg...
sahabat semua jangan lupa doakan sya oke????...(^_^)

bulan pose dah dekat
memasing sibuk nk raya...(dh habis ganti pose????)
kain-kain tempahan makin bertambah...
hehehehee...(rezeki la tue...amiinnn)

so,
buat sementara waktu saya mungkin xdapat nk update blog....
jangan lpe singgah-singgah sini lak ye kengkawang tercinta...
<3 semua.....
(^_^)
pose ngn bahan rujukan tuk exam PTD...(^_^)
 

"ya Allah, permudahkan la urusan hamba mu ini, dan letakkan lah dia dalam golongan yang berjaya dan sentiasa dalam jalan mu ya Allah...."

TQ.

Friday 8 July 2011

CUMA aku

 

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

gaya TIDUR

TIDUR TERLENTANG

Wanita gemar tidur terlentang merupakan seorang yang berjiwa bebas. Gaya tidur seperti ini menunjukkan perwatakan semulajadi yang ada pada dirinya. Selain itu wanita tersebut juga amat mementingkan suasana tenang dan damai. Malah dia juga seorang yang amat mementingkan kecantikan dan penampilan diri terutama bila berada di khalayak ramai. Namun begitu ia juga memiliki tabiat buruk yang sukar untuk diubah iaitu terlalu boros dan suka mengumpat tentang kelemahan orang lain.


TIDUR TERLENTANG DENGAN KAKI MENYILANG

Mereka yang tidur dengan menyilangkan kakinya dikatakan terlalu taksub dengan kelebihan yang dimiliki. Justeru itu dia agak sukar untuk menerima perubahan yang berlaku terhadap diri mereka. Paling ketara mereka ini amat suka bersendirian untuk mencari ketenangan jiwa. Ini menyebabkan mereka lemah dalam pergaualan dan komunikasi di kalangan orang sekeliling.



TIDUR TELENTANG DENGAN TANGAN TERLETAK DI BAWAH KEPALA

Seorang yang memiliki pemikiran yang sangat cerdas, pintar dan berminat terhadap ilmu pengetahuan. Namun begitu kadangkala penuh dengan idea-idea gila yang sulit untuk diikuti oleh orang lain. Malah amat mengambil berat soal kepentingan dan kebajikan ahli keluarga. Maka tidak hairanlah jika ramai yang cuba hendak mengambil kesempatan di atas sikap mengambil berat itu. Justeru itu perlu sentiasa berhati-hati.


TIDUR MENIARAP



Sekiranya seseorang itu suka tidur dengan cara meniarap ia menggambarkan sikapnya yang cenderung berfikiran sempit. Malah anda memiliki sikap ego yang tinggi dan suka memaksa orang lain untuk mengikuti arahan diri sendiri. Selain itu anda juga sering bersikap sambil lewa.



TIDUR MENGIRING SATU POSISI SAJA.

Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang cukup yakin dengan diri sendiri. Anda akan memperolehi kejayaan hasil dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Mereka yang tidur mengiring pada posisi sebelah kanan dengan tangan terletak diatas kepala, anda akan diberkati dalam apa jua perkara yang dilakukan dan memperolehi kekayaan.


Sekadar rujukan dan mungkin ada kebenarnaya..

penganan kacang BAKAR

penganan nie salah satu makanan tradisional orang terengganu.....tahun-tahun sebelum nie, penganan turut dijadikan sebagai hantaran perkhawinan di terengganu.......
nie salah satu resepi penganan bakar yang disimpan turun temurun oleh my mom....

kelmarin jam 630 ptg me and my mom buat penganan bakar
jom kiter tgk cm ne nk jdikan penanan bakar yang best cam kami buat.....(^_^)

bahan-bahan yang diperlukan
  • 6 biji telur (dipukul)
  • 1 biji kelapa
  • 1/2 kg gula
  • 1/2 cawan kacang tanah/kacang hijau (ditumbuk halus)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • sedikit minyak masak
**paling penting adalah acuan penganan dari tembaga**


cara-cara nya....
  1. sediakan bara api dengan mengunakan arang dan sabut kelapa..(pembakaran penganan agak cerewet kerana jika kite tiada peralatan yang betul, penganan akan cepat hangus.....oleh itu, amat la penting untuk memiliki acuan tembaga kerana pembakaran boleh dilakukan dengan baik....)
  2.  ambilkan santan 2 1/2 magkuk (saiz sederhana). masukkan gula. kacau sehingga gula hancur.
  3. masukkan garam, tepung gandum & tepung beras (kacau sehingga rata)
  4. masukkan telur & sedikit minyak kedalam adunan tadi.
  5. panaskan sekejap acuan tembaga tadi. masukkan adunan.  
  6. bakar. (letakakn sabut diatas).
selesai masak & sedia di hidang. sangat sedap...yummy...(^_^)

ini hasilnya....



dan ini acuan nyer.....

Wednesday 6 July 2011

indahnya SAABAN


REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN

1. Memperbanyakkan puasa sunat
  • “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.
  • Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud
  • Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
  • Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.
  • Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 
2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
  • Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.”(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)  
3. Bertaubat:
  • Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

APAKAH MALAM ISTIMEWA DI BULAN SAABAN??

MALAM NISFU SYAABAN:
 Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.
 Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
 Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, malam)

Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak
22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

 Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang (golongan):

Orang yang kekal minum arak
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
Orang yang kekal dalam zina
Orang yang banyak berkelahi
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta
Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi

Wallahua’alam

beriani DADIH

kali nie resepi pelik tp benar...(heheheeee)
duk belek2 buku resepi mak terjumpa lah resepi nie...jom try seme2.....


bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 camca besar minyak sapi
  • 5cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan (dibersihkan & disimpunl)
  • 600g beras basmathi (dibasuh & disejat)
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 70g serbuk badam
  • 1100 ml air
  • 1100 ml susu cair
  • 65ml dadih
  • 1 camca teh garam
  • sedikit kacang pis & kismis
bahan-bahan yang dikisar halus
  • 1 biji bawang besar
  • 4cm halia
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
cara-cara menyediakan nyer...:
  1. panaskan minyak sapi didalam periuk. tumis kulit kayu manis bersama buah pelaga, bunga lawang, cengkih, dan daun pandan.  kacau sehingga ia naik bau...(wangi nyer...heheheeeee)
  2. masukkan bahan yang dikisar. kacau sehingga naik bau....(lagi wangi maa.....)
  3. masukkan beras bersama serbuk kunyit dan serbuk badam. kacau sehingga kerig air beras tadi.
  4. kemudian masukkan air bersama susu cair.kacau sekali sekala hingga hampir kering airnya.
  5. masukkan dadih bersama garam.kacau seminit.tut periuk dan pelahan kan api. biar sehingga masak.
  6. tabur kacang pis bersama kismis didalam nasi belum dihidangkan.



dah siap.!!...yummy.....(^_^)

**maaf gambat xcantik....fon murah... :P



teknologi hari ini.....melampau??

panjang jugak saya pikir sebelum menulis entri nie.....kesihatan ibu tercinta sedikit terbatas kebelakang ini...kerisauan mula menerjah hati....

"ya Allah, panjang kan lah usia ibu ku ini...aku ingin dia melihat aku berjaya...." amiinnn






berbalik pada entir hari nie.....
saya harap sahabat semua tidak lupa untuk sentiasa update diri kiter dengan isu-isu semasa di akhbar-akhbar.....
dalam sebuah akhbar kecil malaysia, harian metro....
setiap hari ade jer teknologi baru yang dikuarkan
misal nyerharian   metro hari nie......
halaman it@metro....
terdapat lebih 5 teknologi terbaru dikeluarkan....

yang terkilan sikit
berkenaan dengan teknologi yang berkaitan keagamaan...

kalau dilihat
kebanyakan teknologi yang dihasilkan(yang terkini)
kebanyakan nyer untuk memberi kemewahan.....

rse kan baru semalam saya dengar mengenai blueberry fon......
hari ini ipad2
elum sempat nk sentuk lu berry pun
dh kuar yang lain......
dahsyat nyer teknologi sekarang
xterjangkau dek tangan nie.............

dalam harian metro hari ini
ada memlancarkan satu teknologi baru kerkenaan kiblat
kemudahan seperti gps
alat ini membantu mengenal pasti arah kiblat
kecil dan padat
disertakan dengan waktu azan di setiap lokasi 
hebat kn????

namun persoalannyer....
siapa akan beli????
siapa yang akan menggunakannyer?????
zaman moden ini masing2 terutamanya remaja berlumba mengejar kemewahan
bagi memastikan diri leih dari yang lain..........

"jangan kita menjadi seperti kacang yang lupa kan kulit...."

Monday 4 July 2011

perjuangan belum SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Melayu mudah lupa!

Sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

program BAKTI remaja 2011

assalamualaikum sahabat saya yang tercinta semua.....hri ini sy sangat penat dan letih teramat sangat, bukan sebab banyak menjahit...tp sy terpaksa...wahh..terpaksa gtue....mengikuti kursus bakti remaja peringakat dun wakaf mempelam 2011.   tanpa tentatif program yang lengkap...sekadar bagitau memalui announcer je...program bermula dengan pendaftaran remaja seawal jam 8pg....  lebih 2000 remaja yang menghadiri kursus ini....dewan penuh sesak,siap ade yang duk atas lantai dewan lagi....


tepat jam 9.15 pg program dimulakan dengan ceramah yang mengisahkan tentang sejarah dan pengorbanan pejuang dahulu yang makin kiter lupa.....

tayangan 1-peristiwa yang menyayat hati di palestin.....

"MAHUKAH KITA PERKARA SEPERTI INI BERLAKU DI NEGARA KITA????"



setelah 446 tahun dijajah, negara kita mencapai kemerdekaan hasil titik usaha dan kegigihan pejuang-pejuang kite......sudah lupa kah kita pada mereka??????


tayangan 2- nyanyian bersemangat mengenang kegembiraan mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu....

"DIMANA SEMANGAT JUANG KITA????..DIMANA???!"


9.40 pg- slot sedikit menyentuh tentang perjuangan parti2 politik sejak zaman sebelum kemerdekaan......"PARTI MANAKAH YANG MENPERJUANGKAN KEMERDEKAAN????"..Itu persoalan yang timbul........



tayangan 3- penentangan malaya-komunis.
hebatnya pejuang-pejuang tanah melayu....berjuang demi tanah tumpah darah mereka....namun...kita semakin alpa...kenapa??????.....

tayangan 4- melayu mudah lupa....
  jangan lah kamu lupa..jangan lah kamu alpa.....sejarah masih segar
jangan lah kamu lupa.....pejuang negara kita....
jangan lah kamu lupa adik-ADIK ku.....!



tayangan 5- berkorban apa saja
rakyat sebelum merdeka, sanggup berkorban apa sahaya demi negara nusa..... 
"apakah pengorbanan kita untuk negara nusa????"



tayangan 6- untuk mu ibu pertiwi.....
  "apakah janji kita kepada ibu pertiwi???sudah kah kita laksanakan??????"




tayangan 7- lagu patriotik
warisan
barisan kita




tayangan 8- penutup....

perjuangan belum selesai



P/S: DIMANA KAH SEMANGAT REMAJA???DIMANAKAH LETAKNYER SEJARAH??????
OH REMAJA...BANGKIT LAH.......SEDAR LAH.....
SIAPA YANG MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA KITA??????
SIAPA YANG MEMBAWA KEMEWAHAN KEPADA NEGARA KITA?????


FIKIR-FIKIR KAN....DAN RENUNG-RENUNGKAN....(^_^)