enjoy la my little blog nie oke.....(^_^)

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday 18 July 2011

orang yang berpegang pada AMANAH, orang yangTERPUJI.....

pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, ade seorang kanak-kanak yatim piatu yang sangat cerdas dan soleh, Uwais namanye....bapanya telah meninggal sewaktu berperang, manakal ibunya pula meninggal kerana terlalu sedih atas kematian suaminya.......


Uwais tidak mempunyai sesiapa. hidupnya sebatang kara di rumah peninggalan arwah kedua ibu bapa nya. beberapa ekor lembu peninggalan arwah menjadi teman.


setiap hari Uwais membawa lembunya ke hutan untuk meragut rumput. senja nya pulang kerumah....begitula setiap hari rutin Uwais dan lembunya....


akibat terlalu jemu melakukan rutin harian yang sama, Uwais terfikir untuk mencari pekerjaan lain.


akhirnya uwais mendapat upah untyuk menjaga dan membersihkankebun pokok delima. Uwais sangat rajin dan amanah serta bertanggungjawab. dia menjaga kebun tuan nya sebaik mungkin....tuan nya amat menyayangi dia...


pada suatu hari......tuannya datang memanggil dia dan berkata  "tolong ambilkan sebiji buah delima yang masak lagi manis."


tanpa membuang masa, Uwais memenuhkan permintaan tuanya. bagaimanapun buah delima itu masam sekali. tuan nya meminta diambilkan buah yang lain. namun, Uwais memberikan buah yang lebih masam dari buah yang tadi.


tuan nya mula marah. Uwais dengan tenang menjelaskan perkara sebenar kepada tuan nya....
"tuan,tugas saya hanya lah menjaga dan membersihkan kebun. namun, tidak pula saya diberitahu untuk memakannya. maka saya tidak tahu mana manis mana masam nya...."


tuan nya amat terkejut. dia tidak menyangka Uwais seorang pekerja yang bersifat amanah, jujur dan berpegang pada janji. setelah mendengar penjelasan Uwais,tuannya segera meminta maaf.


sabda rasullulah: "tiada iman bagi orang yang tidak memgang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidakdapat pegang janjinya."

hadith lain, nabi bersabda, "kamu harus memelihara amanah orang yang mempercayai kamu dan tidak mengkhianati nya walau orang lain pernah mengkhianati kamu."



1 comment: