enjoy la my little blog nie oke.....(^_^)

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday 30 June 2011

angry BIRDS & plants vs zombies???

duk belek-belek akhbar, terbaca la sal aplikasi terkini NOKIA C7,
game angry birds......
ape  game tue???...
ape best sangat k game angry birds tue????...
ramai kawan saya kt FB, yang wat pic profile depa pic angry birds...nape????
ape yang best about game nie????
citer sikit......



itu angry birds...nie sal lagi satu game...
awal tahun baru-baru nie, game nie jadi the most played game.....
semua orang main...(sy pun join jugakk..)...heheeee...
best k???...(best jugak la...)
game ape????
game plant vs zombies....
OMG...best sangat k sampai main berulang-ulang kali????


P/S:  citer sikit ape moral yang korang dapat dari games nie.....citer la citer la citer la....(hehehehheeeee...)

Wednesday 29 June 2011

tiada ampun bagi PENGHUTANG....!




ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.
1. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. 

new in KL.....

harga beras naik, Chot buat bendang, Chot jual beras, Chot dapat banyak duit, Chot pun pergi KL, nak p tengok town azam nyer....
itulah kali pertma Chot sampai dan menjejak kan kaki di KL.
mula-mula Chot hendak ke KLCC....
masalah nyer Chot tak tahu jalan ke sana, Chot pun tanya seorang anggota polis di Puduraya.

"Hang nak p KLCC, naa???"  tanya anggota polis ,"senang je, hang pi depan maybank, hang naik bas no 322".
"terima kasih, encik polis...", kata Chot sambil berlalu ke tempat menunggu bas dihadapan bangunan maybank.

3 jam berlalu, anggota polis tadi habis bertugas. polis pun naik bas juga, maklum la bru kerje, gaji kecil lagi....
tapi sesampainyer di tempat menunggu bas, anggota polis itu terkejut.
Chot masih ade si situ???!
lalu anggota polis itu menegur Chot, "eh, hang kata hang nak p KLCC, awat hang tak naik bas 322???"
"macam mana nak naik, la nie baru bas nombor 224......." jawab Chot...


tauhu sumbat JAKARTA....

wah..jakarta gtue...hehheeee....jom kiter tgk smpai x jakarta klu makan...hehehheee..

bahan-bahan:
         utama:
  • 1 cawan minyak- untuk mengoreng
  • 10 keping tauhu
  • 4 camca besar tepung gandum, garam, air dan telur-untuk disalut
          untuk inti nyer...kiter perlukan....
  • 1 biji bawang besar-dihiris halus
  • 100 gram udang kering-ditumbuk halus
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 7 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 300 gram taugeh
  • 200 gram lobak-didadu kecil
  • sedikit daun bawang & daun sup
 cara-caranya...:
  1. goreng tauhu sampai kekuningan -potong membentuk segitiga, korek isinyer....asingkan
  2. masuk kan inti pada kulit tauhu tadi bersama isi tauhu yang dikorek
  3. bancuh gandum bersama telu dan garam, balik-balik kan tauhu yang sudah di masuk kan inti kedalam campuran ini...
  4. goreng dan sedia dimakan.
P/S:sedap dimakan bersama mayonis...(^_^)

alahai PEMANDU....

seorang pemandu trak yang hendak ke puchong, tiba-tiba terpandang papan tanda "AWAS!!! JAMBATAN RENDAH DIHADAPAN!!"
pemandu itu cuba membelok,namun cubaanyer gagal. tiada simpang untuk membuat U turn dan.... DAMMMMMM!
trak itu tersangkut di bawah jambatan. ape lagi trafic pun jem la jwbnyer.........

setengah jam kemudian, polis traffic pun dtg dengan muka sinis, sambil meletakkan tangan nyer di pintu pemandu trak itu..............
"tersangkut kt jambatan ke???..."tnya polis traffic itu..
jawab pemandu trak..."eh, mne ade...sebenarnyer saya nak hantar jambatan nie ke puchong, tbe2 habis minyak pulak.........maklum la..minyak ngah mahal skunk.."

Tuesday 28 June 2011

peristiwa ISRAK MIKRAJ...27 rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

 Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail           masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini  betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, 

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.





(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

pernahkah terfikir tuk BERUBAH????


Semua orang akan menjadi Mayat.

Anda tidak mampu mengubahnya!

Kalau Korang kaya, korang akan menjadi Mayat orang Kaya (kira dapat kubur corner lot siap simen dan batu marmar)

Kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin (hanya batu nisan dari kayu biasa je).

Mayat tempatnya dalam tanah, dan Ulat kubur akan hisap darah korang!

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zuhud itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya?
    dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah
   (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Anas bin Malik Radiyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).....

same2 kiter menyebarkan islam.....

copy and paste dari: ustaz nasir

Monday 27 June 2011

bulan REJAB bulan penuh BERKAT

sabda Rasulullah...."ketahuilah wahai umatku, rejab adalah bulan Allah..".
sebab kenapa REJAB itu bulan yang penuh BERKAT ialah:

1) satu hari berpuasa dibulan Rejab, seolah-olah telah berpuasa setahun
2) satu malam bangun Qiamullail bersamaan seribu malam beribadat
3) sesiapa yang berpuasa pada 27 rejab (israk mikraj), akan mendapat pahala seperti 5tahun berpuasa....
4) sesiapa yang berpuasa 2 hari dalam bulan rajab akan mendapat kemuliaan disisiNYA...
5) sesiapa yang berpuasa 3 hari berturut-turut iaitu 1,2, &3 rejab, Allah akan memberi pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan nya daripada bahaya dunia  dan akhirat......
6) sesiapa yang berpuasa 5 hari, permintaanya akan dimakbulkan Allah
7) sesiapa yang berpusa 7 hari, ditutupkan 7 pintu neraka & sesiapa yang berpuasa 8 hari, dibukan kan 8 pintu syurga....
8) sesiapa yang berpuasa 15 hari dalam bulan ini, Allah akan mengampuninya akan dosa-dosa yang lalu & menggantikan nyer semua kejahatan dengan kebaikan....



amiiiiinn....

kerana GIGI....

hari nie aku xde mood nk g skolah...
rse serbe xkena jer...dup dap dup dap...dadaku
hidup nie ku rse sudah xde indah cm selalu....

ini lah orang nyer...(DOKTOR GIGI) yang akan menggangu hidup aku hari nie...
semalam cikgu gtau dalam kelas...orang dr klinik kesihatan akan datang kesekolah....
untuk wat pemeriksaan gigi...
kalau melibatkan gigi nie la yan aku xbrape nk berani....bunyi alat2 dia jer pun dh wat aku ketar lutut...

kalau nak di ikutkan gigi aku nie...memang kronik giler dah...konfrem kena cabut punya...
diaorang cakap xsakit, macam kena gigit semut jer...
tp time tue ade ubat bius...memang xsakit...tp bila hilang ubat bius???....MAakkkkkkk...!
cukup la sekali ku kena dulu....

pagi tue sampai jer depan skolah, mata aku cepat jer tangkap 2 van klinik kesihatan...
hampa toi hati aku...depa toi2 datang la....
apa aku nk wat nie????
perlukah aku berserah?
atau melarikan diri k Liverpool??
tp aku mne ade duit...beli cendol leh ar...ngn karipap...sedap tuuee...

akibat darah fobia aku datang.....aku xberani nk naik kelas...
name aku dh la huruf A...mau nyer org first kena pangil.....
jadi aku pun lari masuk toilet...duk diam-diam ambil pk idea bernas.....

selepas 1jam 26 minit aku pk...
lalu ade la idea bernas sewangi kolam kumbahan yang aku dapat....
lari dari sekolah...!
tp ikut pintu belakang...lebih safe...

nak dijadikan cerita.....aku nie bukan la budak pro dalam panjat2 pagar nie
sebagai akibatnyer...aku tersungkur jatuh umpama buah nangka busuk...
akibat impak jatuh yang maksima tue....
aku terus pengsan dengan manjanyer.......

sedar2 aku dh kt hospital ditemani oleh ibu n bapak aku.....
dagu n mulut aku berdarah akibat terhanttuk kt tanah...
tanagn aku bersimen dan berbalut sal terkehel dek tanah yang aku cium.......
kena la aku bermalam dihospital xde bintang nie tiga hari....
tapi alhamdulillah....gigi aku xyah cabut....hahahahahahaaaaaa



(DONT BE NAKAL2....& JANGAN LUPA GOSOK GIGI.)

Tuesday 21 June 2011

TAUBAT nasuha.....

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Monday 20 June 2011

IBU.....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
 

 

awan NANO

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

kelebihan KOTA SUCI MADINAH......

terdapat banyak hadith rasulullah menyebut tentang kelebihan madinah dan buminya...........saya ingin kongsi sedikit bacaan kepada sahabat semua......

kelebihan MADINAH...

1)Rasulullah menjadikan madinah sebagai tanah HARAM dan berdoa untuk keberkatan ahlinya....(sabda nabi:  "ya Allah, jadikanlah berkat Madinah 2 kali ganda daripada berkat yang engkau jadikan bagi Makkah...")

2)amaran atau ancaman melakukan kezaliman atau maksiat di Madinah....("sesiapa yang melakukan kezaliman atau maksiat atau melindungi kezaliman didalamnya.....makan diatasnyer laknat Allah, malaikat, dan seluruh manusia dan segala amalan nyer tidak diterima Allah...")

3)kelebihan bersabar menanggung kesusahan yang dihadapi di Madinah....("mana2 umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan berikan syafaat kepadanya pada hari kiamat...")

4)kelebihan mati di Madinah...( "Ya Allah rezekikan aku agar mati syahid di jalan MU, dan jadikan lah kematian ku di negeri Rasul MU..")

5)kelebihan belajar di Masjid Nabawi....("sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya satu kebaikan, adalah umpama mujahid di jalan Allah dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain....")

6)madinah terpelihara daripada ancaman dajjal dan wabak taun....("disetiap pintu masuk madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah...")


renung-renungkan dan selamat berILMU......(^_^)

sungguh TIDAK SOPAN!

salam sahabat...dh lme xupdate blog...maklum la ade tempahan yang perlu disiapkan......
okey....nie citer terkini.....
semalam 19 jun 2011...saya ringan kan hati yang sememangnyer dh amat berat nk p kerja bawah org lain......
sehari sebelum tue ade terbaca dekat laman mudah sal kerja kosong sebagai tukang jahit......

pada iklan tue xde lak tulis nk tukang jahit ape...baju k tudung k.....saya pun col la name yang diberi.......
terus cik puan tue mintak saya datang keesokan paginyer...19 jun la....

esok nyer jam 10 pg.....10 pagi okey......sy pun gerak la nk ke tempat yang diberitahu oleh cik puan tue.......

saya cari tempat berkenaan xjumpa....saya pun col la cik puan tue....nak tau ape jadi?????

dia marah nyer saya datang awl2 pagi.....awl????????   10 pagi awl k????
dah tue dia bru sampai kt umah dari KL...asal xgtau kak long oooiii....punya la bengang.....saya nie niat baik dh gtau mak nk p jmp dia, xkan la sy nk balik gtue jer....saya pun tnggu la coz dia ckp dlm kol 12 bru dia bkr kedai.....kol 12??????

lame gak kne tngu nie......

saya pun merayau2 la kt SABASUN.....bosan wei jenjalan sensorang....heheheeeee

dh penat pusing saya pun blah n p tempat yang sepatut nyer.....jam dh kol 12... saya pun col la cik puan tue....xangkat lak!!!!!!...amat bengang n kejam sesangat....
kali ke tiga col baru angkat...bila angkat terus dia ckp datang la dh ade kt kedai.......sayapun tny la mne kedai....tau ape dia jawab?????

"butik saya pun xtau????ala butik ehem ehem la....itu pun xkan xtau....?!??

great??!!! belagak nk mampus......sesampai nyer kt kedai cik puan tue...upe2nyer kedai jahit tudung ajer......


sangat KECEWA...!!!!!!!!!!!!!!

dah la kena marah...hajat lak xtercapai.....DUGAAN......

APE NK DIKATA.....(^_^)...SENYUM AJER LA...

Tuesday 14 June 2011

SOLAT tue UBAT.....

Abu HUrairah ade menceritakan Nabi Muhammad pernah melihat dirinya sedang tidur mengerekot akibat sakit perut. lantas ditanya nya...."apakah kamu sakit?", dia menjawab "benar, ya Rasulullah...". Nabi kemudian berkata."bangunlah dan dirikan solat, sesungguhnya dalam solat ade ubat."

benar kah begitu?????

dalam Hadith ini  disebutkan, solat dapat membebaskan kiter dari sakit hati, perut dan usus. perkara ini berdasarkan tiga sebab....:
1)  solat adalah perkara yang menjadi milik Allah. maksudnya, solat adalah ibadat yang menolak pelbagai penyakit dengan keberkatan nya.

2) solat adalah perkara yang melibatkan psikologi. ertinya, solat dapat mengalih perhatian daripada rasa sakit dan megurangkan keluhan.

3) solat adalah perkara yang seimbang. means, selain menyihatkan jiwa, solat juga melibatkan senaman jasmani yang bermanfaat bagi kesihatan badan.


menurut Prof. Dr Abdul Basith Muhammad Sayyid, selain senaman jiwa terdapat juga senaman jasmani. sebab solat terdiri atas beberapa gerakan tubuh seperti berdiri, rukuk, sujud, berhenti seketika, keikhlasan, perasaan rendah dir, serta perkara2 lain yang menggerakkan sendi2 badan atau pergerakan beberapa anggota tubuh.

solat juga dapat membantu menghilang kan masalah sulit seperti membuang air kecil atau besar, serta membantu menurunkan makanan daripada perut. maknenyer sujud dapat mengosongkan perut.
betapa manfaatnya sujud bagi yang mengalami masalh selsema berpanjang dan masalh hidung tersumbat. sujud membantu melegakan kedua2 lubang hidung. sujud juga menghindari masalah buang air.

solat juga dapat menghilangkan keresahan, kegelisahan, memadamkan api kemarahan, menjadikan cinta itu benar, malahirkan sifat rendah diri dan menjadi pemaaf. 

demikian lah, ternyata solat itu UBAT bagi umat ISLAM.......




dunia sudah TUA...?

salam sahabat.....lama xupdate blog....xde kesempatan...ape2 pun sesangat TAHNIAH kepada pasukan TERENGGANU yang telah bejaya and sekaligus merangkul juara piala FA and sukan SUKMA this lately......

pagi jam8:08 pgi.....negara kiter sekali lagi dikejutkan dengan gegaran 5.9 skala....gempa berskala 6.9 itu dikesan di Sumatera Utara dan turut dirasai di Selangor, Melaka dan Perak......
namun, kiter masih lupa dan alpa....

semakin hari, makin banyak kejadian yang berlaku menandakan akhir zaman....

dalam akhbar hari nie, seekor kambing dilahirkan dengan rupa wajah yang ganjil.....sebelum nie kucing dilahirkan juga sebegitu....masih xsedarkah kiter betapa Allah sedang memperingatkan kiter yang dunia nie sudah uzur?????

tidak sahaja dengan kejadian aneh, tapi ade juga kejadian yang menyayat hati......

ibu seorang ustazah, terpaksa merelakan suami baru meniduri anak yang baru sahaja 15 tahun kerana takut di ceraikan...........kenapa boleh begini?????sanggup melihat msa depan anak gelap and sanggup berkomplot dalam zina dan perbuatan keji..........

ya Allah......lupa kah aku pada MU????.....





Sunday 12 June 2011

tapi bukan AKU

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak inginku paksakan cinta ini... ii...
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kan kau temui cinta sejati...

Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma... aaa...
Serasa ku t'lah mati untuk menyadarinya...

Tapi bukan aku... uo..u...

Semoga saja kan kau dapati hati yang tulus mencintaimu
Tapi bukan aaaakuuuu...

Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma...
Serasa ku t'lah mati untuk menyadarinya...

Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Serasa ku t'lah mati untuk menyadarinya...

Friday 10 June 2011

sajak buat IBU & AYAH ku

Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian
Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu
Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan
Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
Ya Allah, lengkapkanlah imanku. Kasihkanlah aku pada kedua ibu bapaku.